Thursday, August 4, 2011

advanced raya...bersalam salaman



watups uols....

aku puasa hari ini. korang puasa tak???? tak baik tau tak puasa (menyampah tak ayat nie...nampak macam aku belagak pandai + alim kan)
nie bukan nak tunjuk belagak macam post2 kat wall mukabuku (korang tak rasa annoying ke orang yang dok post2 dekat wall dieorng tue.
antaranya adalah:

- mari berbuka beramai2
- hari ini aku masak sambal udang, masak lemak cili api kesukaan bf aku
- apa menu berbuka hari ini ek
- nak sahur esok makan apa ek
- yok tarawikh
- baru je balik dari solat tarawikh

(nie la ayat2 yang annoying sekarang nie aku rasa, sampaikan aku malas nak bukak FB..aiyoooo macha...korang nie macam la korang sorang je yang puasa nyer sampai nak bagitahu satu dunia. iskh2 nie kiranyer bukan ikhlas tapi da riak + menunjuk2)

ok la disebabkan aku da kutuk korang nie aku nak mintak maaf dulu la ek. yok kita bersalam salaman. actually cite nie aku terpikir bile aku makan kat umah aunty aku sabtu lepas.
hal2 nie diborakkan oleh IBU aku dan juga nenek sedara aku dan seangkatan dengannya la (aunty2 yang lain).

time kecik2 diajar cium begini da besar lain cara nyer

citer nie bermula bile time dah nak balik. adalah sedara2 aku nak beransur balik. aku lak dengan adik beradik aku yang lain tengah bersantai2 sambil mendengar dengan sopannyer orang tua berbual. bile nak beransur tu mestila bersalam-salaman. ada yang bersalam bawak tangan ke pipi, ada yang salam tak cium tangan pon, ada yang salam gitu2 je, ada yang mengelat dari salam, ada yang salam tak pandang pon orang yang salam tu (buat2 bz).


da besar abang aku dibentuk dengan betul. tengok dier salam IBU aku macam maner

bagi aku kalau korang nak salam, salam la orang itu dengan ikhlasnya dan pandang la orang itu sebelum salam. barulah orang yang kita salam tue tak terasa sangat dan merasakan kita nie ikhlas. lagi2 dengan orang tua.

ini pulak beberapa situasi dalam bersalaman

- Salam sorang dua pas tu ajak sembang dan terus duduk..
-Salam sorang dua dan angkat tangan dengan menghalakan pada semua dengan senyuman..maknanya dia paham la tu korang malas..
-Terus amek tempat duduk dan angkat tangan dan cakap “salam semua!” (ini lebih sesuai kalau semuanya rakan yang rapat)


ini hanyalah pengajaran serba sedikit di bulan ramadhan supaya korang alert. kadang2 kita buat nie kita sendiri tak perasan.

p/s: jangan la jadi seperti tokoh2 @ orang besau sekarang yang kita tonton kat tv sekarang nie. salam pon tak pandang orang even orang yang salam dier tue lagi tua. tau la kau ada pangkat tapi pangkat kau tue tak bawa kemana pon. yang lagi tua patutla dihormat supaya sama2 rasa dihormati. =)

SELAMAT BERAMAL!!!

Monday, August 1, 2011

fuyooooo....baru beli..tp...


tekan2 segala macam

mesin basuh kat umah aku tue baru je aku transform menjadi baru. teeeettt...pembetulan bukan aku ek tapi IBU aku. aku ni mane la mampu nak beli segala barang2 macam itu. nak makan pon mengharap kasih seorang ibu. kira nyer kalau sekarang nie aku kena campak jauh2 dari IBU aku, terus terang aku cakap la yang aku memang tak boleh survive. =) aku sanggup patah balik rumah dan duduk kat rumah nie senyap2. patuh kepada segala arahan IBU aku. YES MADAME...tabik springsss.......

bebalik pada cerita asal aku. nie ha...teman mau cite sikit. perihal benda2
canggih sekarang nie (gaya2 makcik kat kampung dengan tangan2 sekali join). sebab kan terlampau canggih la, mesin2 nie da tak mesra pengguna (aku cakap tau, so jangan la nak bantah).



mesin manual macam nie lagi senang kot


lebih kurang la macam nie mesin basuh yang lama

dulu aku hidup senang je dengan mesin basuh aku yang lama tu. da lebih 10 tahun da dier berbakti dengan keluarga aku. basuh dengan ceria nyer. bersih baju kami semua. memang la dier nie xde la besar sangat macam mesin basuh sekarang. sekarang nie mesin basuh da sampai 15 kg da boleh muat sekali basuh. AMIK KO!!! kalau boleh makcik piah sebelah rumah nak berlawan dengan mesin basuh makcik senah nie. nak tengok siapa punyer lagi besar dan hebat!!! itu belum lawan lagi gelang emas siapa sampai siku dulu.

lebih kurang la macam mesin sekarang nie

paling best skali mesin basuh nie bunyi sekali je kalau da habis kerja dier. kalau sekarang nie, berlagu2. tapi nak buat macam maner. sayang2 aku kat mesin basuh lama pon ajal dier da sampai. reput da deir. rebah dalam bilik air kami. ='(

Ibu aku yang dah tahu ajal mesin basuh kami nie da sampai masanyer pon pergi la mencari mesin yang baru. hari ini beli baru, esoknyer teros rebah kat bilik air (mesin basuh kami kat dalam bilik air). macam tahu2 je dier ibu da pegi cari mesin yang lebih canggih. merajok teros dier dan tamatla riwayat dier.

mesin baru amatla aku nanti2kan, sebabnyer dah 2 hari baju2 kat umah kami tidak dibasuh. dengan seramai 7 orang dekat rumah, so paham2 jela baju dah berbakul2. waktu mesin baru kami sampai yang bernama HITACHI, aku tak ada. so explanation semua pegi ke ibu aku. tapi yang akan menggunakan hari2 akan datang adalah aku. yela aku kan BIBIK terhormat kat umah. so ibu ajar aku, nak guna ON je mesin lepas itu tekan START. lorh senangnyer mesin nie. nampak canggih tapi senang je guna.

hari pertama berjalan dengan lancar. esoknyer pagi2 aku masukkan baju. macam ibu aku ajar, ON and then tekan START. adalah tertulis kat situ masanyer sekali. aku pon macam kagum dengan mesin ni. tak ada la aku ternanti2 sangat baju aku bile mahu berhenti sebab ada waktunyer.

aku pon pagi itu macam biasa keluar ikot ibu ke pasar. balik2 aku pon pergi la ke mesin basuh. tengok da tak nyala da lampu dier. nak try bukak x bole. berkunci. aik...aku makin pelik. lampu dah padam tak kan la mesin tak habis2 lagi. aku pon dok picit sana sini. pastu bile dah ok bukak2 baju aku basah lagi. tak spin ke mesin basuh aku nie. aku pon dengan belagak pandai pegi la tekan tub dry. abis 15 minit. baju aku pon da macam seolah2 di spinkan. xdela basah sangat baju aku. esoknyer pon macam itu jugak. aku datang nak sidai, baju aku masih lembap. TUB DRY LAGI. dah selang beberapi hari macam itu, aku pon mengadu dengan ibu, ibu yang dok pening layan kerenah aku pon pergi la mengadu kat kedai kami beli itu. esoknyer 2 lelaki datang nak check kami punyer HITACHI.

dier tanyer aku, aku ader baju tak nak basuh, nak test mesin la sama ada ok ke x. aku pon jawab la takde sebenarnyer aku malas nak amik kat dalam rumah (sebab kali ini, mesin aku ada kat luar umah). dier pon test mesin itu. jalankan macam biasa. tengok2 ok. aku pon ngadu la. mesin ni suka berhenti sesuka hati tanpe spin dlu sebab baju aku basah lagi. dan aku ngadu tak boleh bukak mesin sebab berkunci. tau tak apa mamat tue jawab "adik, kalau mesin tak habis lagi, memang la tak akan bukak kunci dier (sambil senyum kambing). alamak mamat nie, aku tanyer sebab aku tak tahu and aku nak tahu kenapa. dah tue kenapa lampu da padam semua tapi mesin tak boleh bukak lagi. (memang korang tak akan paham situasi ini, aku yang dok menguruskan dah poning dah)

lepas tue aku pon cakap la, berdasarkan apa yang aku buat, aku kater lepas OFF n then ON balik, nak keringkan baju aku tekan tub dry. dier gelak lagi pastu jawab "tub dry tue nak cuci mesin basuh bukan baju". gulpssss....malunyer aku, tula buku panduan tak mahu baca, teros pegi belasah je. tapi korang tak boleh salah kan aku, sebab mesin nie canggih sangat sebab ader lock2 segala macam, dulu mesin lama aku, da jalan pon aku masih boleh sumbat baju lagi. pastu tak payah nak timbang2 macam HITACHI ni.

lepas da di lecture free2 dengan orang itu, aku pon da reti la sikit, tapi still yang aku tak paham macam tadi aku basuh. awal2 tulis dari starting 34 minutes, lepas 30 minit berlalu aku pon nak pegi la check, boleh pulak dier tulis 11 minutes. aku pon tunggu 15 minutes datang balik, check2 12 minutes. aik...memang buat darah aku naik je. lepas tue datang balik tengok mesin aku tengah c4, maksunyer bukak mesin dan susun balik baju aku, da tak seimbang (kalu tidak mesin tak mahu spin). tekan start balik tengok another 7 minutes. lepas 7 minutes baru la betol2 habis. so korang boleh tahu la kemarahan aku macam maner kan. berapa kali aku dok ulang alik dari dalam rumah ke luar rumah, penat tau nak bukak gril segala macam. hampir 6 kali jugak la aku ulang alik. nasib baik bulan ramadhan. =)

so hari2 akan datang, macam ini jugak la kerja aku.

Wednesday, July 6, 2011

conflict identity

sebagai pembuka tirai aku untuk bulan JULAI ini aku nak story mory dengan korang pasal tajuk KONFLIK IDENTITI dalam BMnyer n BInyer CONFLICT IDENTITY.

Penah tak korang rasa diri korang nie bukan la diri yang sebenar? bukan la bermaksud hypocryte tetapi masalah nak mengenal perangai sendiri or character anda sendiri??? penah???

terus terang aku nak cakap. aku memang banyak kali penah. cuba korang bayangkan ek.
bila aku tengok cerita yang best lakonan heroin nyer terus aku nak jadi macam dier. kadang2 perwatakan heroin dier ada dalam diri aku sampai 1-2 hari. hilangnyer identiti itu bile aku admire orang lain pulak.

kadang2 aku nak tiru gaya dier. perangai dier.
peliks? xla. korang pon aku rasa ader jugak macam ini. cuma korang x perasan je. lagi2 kalau aku tengok cerita korea. gaya dier macam aku nak ikot je. tapi tak kena la pulak dengan aku nie. =(


tapi bile aku pikir2 kan balik. ini adalah cara aku mencari identiti aku sendiri. sampai masanyer nanti aku akan dapat identiti aku sendiri. mungkin sekarang da 80%. tinggal lagi 20% je. sikit je lagi. tapi jangan la jadi macam dalam sesetengah movie tu (cerita ape, aku memang tak ingat). conflict identity dier siap sampai bunuh2 orang. and kalau boleh biar la conflict identity nie sampai tak menggangu orang lain. juz involve ourself.

p/s: nak sambung tengok cerita korea. muahahahha