Wednesday, July 6, 2011

conflict identity

sebagai pembuka tirai aku untuk bulan JULAI ini aku nak story mory dengan korang pasal tajuk KONFLIK IDENTITI dalam BMnyer n BInyer CONFLICT IDENTITY.

Penah tak korang rasa diri korang nie bukan la diri yang sebenar? bukan la bermaksud hypocryte tetapi masalah nak mengenal perangai sendiri or character anda sendiri??? penah???

terus terang aku nak cakap. aku memang banyak kali penah. cuba korang bayangkan ek.
bila aku tengok cerita yang best lakonan heroin nyer terus aku nak jadi macam dier. kadang2 perwatakan heroin dier ada dalam diri aku sampai 1-2 hari. hilangnyer identiti itu bile aku admire orang lain pulak.

kadang2 aku nak tiru gaya dier. perangai dier.
peliks? xla. korang pon aku rasa ader jugak macam ini. cuma korang x perasan je. lagi2 kalau aku tengok cerita korea. gaya dier macam aku nak ikot je. tapi tak kena la pulak dengan aku nie. =(


tapi bile aku pikir2 kan balik. ini adalah cara aku mencari identiti aku sendiri. sampai masanyer nanti aku akan dapat identiti aku sendiri. mungkin sekarang da 80%. tinggal lagi 20% je. sikit je lagi. tapi jangan la jadi macam dalam sesetengah movie tu (cerita ape, aku memang tak ingat). conflict identity dier siap sampai bunuh2 orang. and kalau boleh biar la conflict identity nie sampai tak menggangu orang lain. juz involve ourself.

p/s: nak sambung tengok cerita korea. muahahahha

Tuesday, May 10, 2011

belagak artis sekejap - ditemubual

ikuti temu bual aku bersama papapoporazirozi


anda sedang buat apa sekarang ini?

tak ada buat apa2. actually baru masak nasi n goreng ayam

bila anda bosan anda selalu buat apa?
setakat ini aku asyik main internet + tengok tv + bersms

ada aktiviti-aktiviti menarik pada masa terdekat ini yang anda ingin lakukan?
ADA2!!! insyaAllah ahad ini nak pegi Sabah ngan my bestmate. n kalau boleh jumaat nie pon nak buat sesuatu. nak buat apa kena rahsiakan dulu sebab takut tak jadi. =)

ada seseorang yang anda sedang merindui?
tipu la kalau kata tak ada. atie ini meronta2 nak jumpe. tapi apa kan daya dier busy (kalah menteri) kepada DIER. saya rindu awak la

ada apa-apa2 ucapan kepada dia?
da ucap da kat atas tadi

sekarang anda sedang belajar atau bekerja?
belajar

apakah cita-cita anda waktu dahulu?
banyak sangat.
waktu kecil teringin nak jadi cikgu. da sekolah menengah nak jadi bussinesswoman. nak bukak resort or hotel sendiri (kalaula impian ini boleh tercapai lagi). bila matriks nak jadi ahli farmasi. dah masuk uni tibe2 nak jadi fisioterapi dalam bidang sukan insyaAllah. kalau tak jadi jugak mahu bukak bussiness kot.


3 perkara yang orang tidak tahu pasal anda?
1. aku masih mempunyai bantal wangi sejak umo 5 tahun (+-x kira la sendiri ek da berapa tahun)
2. bukan seorang pendendam tetapi cepat marah (xde nak simpan2 nie)
3. banyak sangat rahsia yang disimpan sampai tak tau nak luahkan yang maner satu


anda sudah berpunya?
apa punyer soalan la. mestila da. kepunyaan ibu and abah saya. next

3 ciri lelaki/perempuan idaman anda?
3 lagi...suka sangat num 3 nie
1. seorang yang matang
2. yang kaya!!!! ($$$$) kaya dari segi amalannya, ilmunya, budi pekertinya, kasih sayangnya, pendek kata yang semuanya kaya la. mahu pilot!!!
3. yang romantik...ececeh...(geli mak)


apakah yang ingin lakukan?
sebabkan cuti yang panjang ini terlalu lama aku rasa ada macam2 bende aku mahu buat
1. nak kuruskan badan. yang ini paling penting!!
2. nak blajar beberapa lagu tok dmainkan dengan guitar
3. nak jumpe amirul hadi!!! <3 (jangan marah ek yang lain)
4. nak kerja coz duit xde!!!
5. berjoli2 ngan bff saya
setakat ini je kot rasanya. terima kasih!!


p/s: fuhhh....dengan jayanya aku menjawab beberapa soalan cepu emas ini!!! yaaahhhhooooo

Monday, May 9, 2011

anugerah terbesar dari TUHAN

POST kali ini khas untuk ibuku yang bernama

ROSNAH BTE HUSSIN


ibu, aku berterima kasih kepadamu kerana melahirkan aku pada tanggal 4/6/1988

lahir la anak yang cantik + comel ini

pada ketika itu, banyak dugaan yang aku dengar

aku demam kuning, dan ibu sanggup ulang alik dari umah ke hospital untuk pastikan aku dalam keadaan sihat walaupon ketika itu ibu dalam pantang n ibu juga tahu aku dijaga rapi oleh doktor2 and staff nurse yang ada tapi masih juga datang ke hospital

ibu, ketika aku kecil, ibu sanggup berjaga malam untuk memastikan segalanya tentang aku dalam keadaan yang TERBAIK (dari segi pampers, susu,nyamuk)

ketika aku mula meningkat ke alam sekolah, ibu akan sentiasa memastikan aku ke sekolah. ibu sanggup bangun pagi untuk kejutkan aku dan adik walaupon aku tahu ibu masih ngantuk dan keletihan kerana ibu juga bekerja

ibu akan kejutkan aku berulang kali bagi memastikan aku bangun dan mandi tanpa tido kembali walaupon itulah yang sering aku lakukan.

ibu, ibu sanggup berleter kepada anak2 ibu yang lima orang nie kerana ibu yakin dengan teguran dan leteran ibu ini, anak2 ibu akan mendengar cakap dan juga menjadi anak yang berguna
Alhamdulillah ibu, kami lima adik beradik menjadi anak yang berjaya hasil didikan ibu ini

ibu, ketika aku menuntut di universiti ini
ibu akan sentiasa call aku (kadang2 aku call ibu dan ibu akan kata biar ibu yang call sebab ibu takut aku tak ada duit nanti)
menyanyakan kesihatan, bagaimana hariku, apa yang aku sedang buat dan juga akan memastikan duit aku mencukupi (baiknya hatimu ibu)
kadang2 aku terpikir, dengan duit yang banyak itu, cukupkah ibu mahu menampung kami 5 adik beradik
alhamdulillah, ibu sentiasa berkata rezeki Allah bagi tak pernah putus

da 5 of us (abangngah, k.lang, abangcik, me n aim)

bila aku di rumah, ibu akan menyanyakan apa yang mahu aku makan
kadang2 tanpa dipinta ibu sudah sediakan masakan kegemaranku
sambal udang dan juga ketam masak lemak cili api
aku terlalu lalai dengan kasih sayang ibu sampai aku lupa mahu mengucapkan
TERIMA KASIH IBU

pada ketika ini, di waktu aku ketiadaan abah and mengharapkan ibu aku sahaja, aku akan sentiasa memastikan kegembiraan ibuku 20x ganda dari dahulu
aku akan memastikan aku sentiasa bersama ibuku dan InsyaAllah akan menbuatkan ibuku gembira

setiap minggu aku akan balik menjengukmu ibu, biarlah kawan2ku berkata aku ini manja mahu balik rumah setiap minggu tapi aku yakin ini sahajalah yang mampu aku balas jasamu ibu dan selagi nyawa dikandung badan akan aku buat sehabis baik kepadamu.

ibu, kaulah ratuku
kasih sayangmu tak mampu diucap atau dilakonkan, semuanya kerana tidak mampu menandingi nilaimu ibu
tiada kata mampu aku tuturkan
yang mampu aku buat adalah sentiasa membuatkan dirimu bahagia, insyaAllah didunia dan juga diakhirat

so pada hari ibu kami adik beradik decide mahu bawak ibu pegi makan dekat TARBUSH sunway piramid

tq kepada yang belanja kami makan (khas untuk abang2ku and kakak yang tersayang)
ibu selalu pesan kapadaku
tiada lagi orang yang lebih bermakna selain kepada keluarga kita sendiri <---adik beradik

kami mencari TARBUSH (sambil berlari2 anak)

sebelom makanan sampai amik pic dulu (WAJIB!!)

lepas da sampai makanan pon wajib amik

view dari TARBUSH

APPY MOTHER'S DAY IBU!!!

da desert looks yummy!!!

antara makanan2 yang kami order...yummy (mostly kambing!!)

K.lang bersama husband 2 be abg zul

abangcik bersama ibu

wutsup yooo...pengakhir dari adikku