Monday, May 9, 2011

anugerah terbesar dari TUHAN

POST kali ini khas untuk ibuku yang bernama

ROSNAH BTE HUSSIN


ibu, aku berterima kasih kepadamu kerana melahirkan aku pada tanggal 4/6/1988

lahir la anak yang cantik + comel ini

pada ketika itu, banyak dugaan yang aku dengar

aku demam kuning, dan ibu sanggup ulang alik dari umah ke hospital untuk pastikan aku dalam keadaan sihat walaupon ketika itu ibu dalam pantang n ibu juga tahu aku dijaga rapi oleh doktor2 and staff nurse yang ada tapi masih juga datang ke hospital

ibu, ketika aku kecil, ibu sanggup berjaga malam untuk memastikan segalanya tentang aku dalam keadaan yang TERBAIK (dari segi pampers, susu,nyamuk)

ketika aku mula meningkat ke alam sekolah, ibu akan sentiasa memastikan aku ke sekolah. ibu sanggup bangun pagi untuk kejutkan aku dan adik walaupon aku tahu ibu masih ngantuk dan keletihan kerana ibu juga bekerja

ibu akan kejutkan aku berulang kali bagi memastikan aku bangun dan mandi tanpa tido kembali walaupon itulah yang sering aku lakukan.

ibu, ibu sanggup berleter kepada anak2 ibu yang lima orang nie kerana ibu yakin dengan teguran dan leteran ibu ini, anak2 ibu akan mendengar cakap dan juga menjadi anak yang berguna
Alhamdulillah ibu, kami lima adik beradik menjadi anak yang berjaya hasil didikan ibu ini

ibu, ketika aku menuntut di universiti ini
ibu akan sentiasa call aku (kadang2 aku call ibu dan ibu akan kata biar ibu yang call sebab ibu takut aku tak ada duit nanti)
menyanyakan kesihatan, bagaimana hariku, apa yang aku sedang buat dan juga akan memastikan duit aku mencukupi (baiknya hatimu ibu)
kadang2 aku terpikir, dengan duit yang banyak itu, cukupkah ibu mahu menampung kami 5 adik beradik
alhamdulillah, ibu sentiasa berkata rezeki Allah bagi tak pernah putus

da 5 of us (abangngah, k.lang, abangcik, me n aim)

bila aku di rumah, ibu akan menyanyakan apa yang mahu aku makan
kadang2 tanpa dipinta ibu sudah sediakan masakan kegemaranku
sambal udang dan juga ketam masak lemak cili api
aku terlalu lalai dengan kasih sayang ibu sampai aku lupa mahu mengucapkan
TERIMA KASIH IBU

pada ketika ini, di waktu aku ketiadaan abah and mengharapkan ibu aku sahaja, aku akan sentiasa memastikan kegembiraan ibuku 20x ganda dari dahulu
aku akan memastikan aku sentiasa bersama ibuku dan InsyaAllah akan menbuatkan ibuku gembira

setiap minggu aku akan balik menjengukmu ibu, biarlah kawan2ku berkata aku ini manja mahu balik rumah setiap minggu tapi aku yakin ini sahajalah yang mampu aku balas jasamu ibu dan selagi nyawa dikandung badan akan aku buat sehabis baik kepadamu.

ibu, kaulah ratuku
kasih sayangmu tak mampu diucap atau dilakonkan, semuanya kerana tidak mampu menandingi nilaimu ibu
tiada kata mampu aku tuturkan
yang mampu aku buat adalah sentiasa membuatkan dirimu bahagia, insyaAllah didunia dan juga diakhirat

so pada hari ibu kami adik beradik decide mahu bawak ibu pegi makan dekat TARBUSH sunway piramid

tq kepada yang belanja kami makan (khas untuk abang2ku and kakak yang tersayang)
ibu selalu pesan kapadaku
tiada lagi orang yang lebih bermakna selain kepada keluarga kita sendiri <---adik beradik

kami mencari TARBUSH (sambil berlari2 anak)

sebelom makanan sampai amik pic dulu (WAJIB!!)

lepas da sampai makanan pon wajib amik

view dari TARBUSH

APPY MOTHER'S DAY IBU!!!

da desert looks yummy!!!

antara makanan2 yang kami order...yummy (mostly kambing!!)

K.lang bersama husband 2 be abg zul

abangcik bersama ibu

wutsup yooo...pengakhir dari adikku

No comments:

Post a Comment