Friday, May 6, 2011

Keputusan tawaran masuk ke IPTA

tadi waktu aku sampai umah aku pon capai la kosmo.
langganan KOSMO!! setiap hari kat umah aku nie
belek2 tengok ader tajuk baikpunyer

Keputusan permohonan ke IPTA hari ini


bile tengok je tajuk nie buatkan memori daun pisang aku kembali balik 5 tahun yang lepas.
bagi aku waktu ini adalah hari penentu masa depan aku (nightmare or sunshine)

ok meh sini aku tanyer korang.
pernah tak korang alami kerisauan atau "nervous" sangat-sangat waktu nak check result masuk ke IPTA???

kalau tak pernah bagus la..aku rasa korang sangat hebat sebab sangat confident dengan diri sendiri yang korang leh masuk IPTA.

tapi bagi diri aku, aku sangat lain. bile ia berkaitan dengan sesuatu keputusan aku sangat nervous @ cuak (bahasa orang muda sekarang). tak kisah la keputusan dari segi apa. tapi selalunya yang melibatkan akedemik (result upsr, pmr, spm, kemasukkan ipta, result matrix, result uitm sekarang).

kadang2 nervous aku tu sampai tahap gaban la. aku sampai malas mahu memikirkan nye dan mula la episode aku nak buat2 busy supaya aku tak fikir sangat pasal result 2. kadang2 aku lah orang yang terakhir tahu keputusan.


time dulu2 punyer result (gambar hiasan)

back to the future
5 tahun dahulu waktu aku nak isi borang UPU nie. aku duduk sebelah abah aku. abah akulah orang yang bersungguh2 check satu-satu kursus ape yang patut aku amik berdasarkan keputusan SPM aku. sebab abah aku nak membantu aku dalam pemilihan kursus.

pasal keputusan, seingat aku la keputusan matriks akan kluar dulu baru untuk IPTA. so aku check untuk matriks dulu. satu2 kawan aku call and message aku kater dieorng dapat masuk matriks. macam biasa aku tunggu dah reda sikit line barulah aku check result.

CUAK??? gile apa tak cuak. mestila aku cuak.
waktu aku check result seingat aku la, waktu tue adalah waktu maghrib. aku dalam bilik parents aku.
ibu aku waktu tue ada dalam bilik air, tinggal aku and abah aku je. aku pon mulakan la langkah aku ngan masukkan number IC tok check result. n jawapan daripada SMS tue sangat la mengembirakan aku. sebab aku dapat masuk matriks!!! and orang yang pertama tahu adalah abah aku sebab abah aku ada disebelah aku waktu itu.

Bersyukur panjang abah aku. saat itu adalah saat2 manis bagi aku. abah aku siap pegi kat bilik air panggil ibu aku keluar untuk bagitahu. comel x??? ini sebab anak kesayangan dier dapat masuk uni. parents maner tak gembira anak dier berjaya. betul tak?

so aku rasa itu la saat2 aku time nak dapat result masuk matriks.
korang pulak bagaimana? kepada yang tak dapat, jangan la risau kerana rezeki anda ada dimana2. percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


No comments:

Post a Comment