ikuti temu bual aku bersama papapoporazirozi
anda sedang buat apa sekarang ini?
tak ada buat apa2. actually baru masak nasi n goreng ayam
bila anda bosan anda selalu buat apa?
setakat ini aku asyik main internet + tengok tv + bersms
ada aktiviti-aktiviti menarik pada masa terdekat ini yang anda ingin lakukan?
ADA2!!! insyaAllah ahad ini nak pegi Sabah ngan my bestmate. n kalau boleh jumaat nie pon nak buat sesuatu. nak buat apa kena rahsiakan dulu sebab takut tak jadi. =)
ada seseorang yang anda sedang merindui?
tipu la kalau kata tak ada. atie ini meronta2 nak jumpe. tapi apa kan daya dier busy (kalah menteri) kepada DIER. saya rindu awak la
ada apa-apa2 ucapan kepada dia?
da ucap da kat atas tadi
sekarang anda sedang belajar atau bekerja?
belajar
apakah cita-cita anda waktu dahulu?
banyak sangat.
waktu kecil teringin nak jadi cikgu. da sekolah menengah nak jadi bussinesswoman. nak bukak resort or hotel sendiri (kalaula impian ini boleh tercapai lagi). bila matriks nak jadi ahli farmasi. dah masuk uni tibe2 nak jadi fisioterapi dalam bidang sukan insyaAllah. kalau tak jadi jugak mahu bukak bussiness kot.
3 perkara yang orang tidak tahu pasal anda?
1. aku masih mempunyai bantal wangi sejak umo 5 tahun (+-x kira la sendiri ek da berapa tahun)
2. bukan seorang pendendam tetapi cepat marah (xde nak simpan2 nie)
3. banyak sangat rahsia yang disimpan sampai tak tau nak luahkan yang maner satu
anda sudah berpunya?
apa punyer soalan la. mestila da. kepunyaan ibu and abah saya. next
3 ciri lelaki/perempuan idaman anda?
3 lagi...suka sangat num 3 nie
1. seorang yang matang
2. yang kaya!!!! ($$$$) kaya dari segi amalannya, ilmunya, budi pekertinya, kasih sayangnya, pendek kata yang semuanya kaya la. mahu pilot!!!
3. yang romantik...ececeh...(geli mak)
apakah yang ingin lakukan?
sebabkan cuti yang panjang ini terlalu lama aku rasa ada macam2 bende aku mahu buat
1. nak kuruskan badan. yang ini paling penting!!
2. nak blajar beberapa lagu tok dmainkan dengan guitar
3. nak jumpe amirul hadi!!! <3 (jangan marah ek yang lain)
4. nak kerja coz duit xde!!!
5. berjoli2 ngan bff saya
setakat ini je kot rasanya. terima kasih!!
p/s: fuhhh....dengan jayanya aku menjawab beberapa soalan cepu emas ini!!! yaaahhhhooooo
Why I English
2 months ago
No comments:
Post a Comment