Saturday, August 6, 2011

bersantai bersama tieqa rodzuan



wah seronoknyer ketika ini
kenapa????



sebab

sebab

sebab






aku tengah merelaks kan diri aku
bersama aku kini adalah tempekan mask dimuka aku smbil menaip blog dan juga makan kek chocolate


Agak2 ada orang nak masuk meminang tak???


langsir, aku kuak kan skit, biar aku nampak dekat luar (opppssss korang jangan risau jiran aku tak akan nampak rupa aku yang seperti hantu nie sebabnyer bilik aku nie menghadap dinding umah mereka)
tapi yang paling syok, bila aku bukak langsir dan tingkap apa yang aku nampak adalah seekor kucing yang tengah merenung aku. muahahahha mungkin pelik kot tengok muka aku malam2 macam nie. ^-^

renungan kerana terpikat dengan kecantikan aku ini...=P

malam-malam minggu macam ini adalah waktu yang paling sesuai untuk manjakan diri
setelah penat pada siang hari menolong IBU ku memasak juadah berbuka

hari ini juga aku telah berjaya membuat "kek chocolat mud" agak2 apa ek...ini la dier resepi dimana ianya dilimpahi chocolate yang sanagt2 banyak. (tak mahu selitkan gambo sebab tak berapa nak jadi..1st trial la katakan..tapi dipuji oleh ibu sebab SEDAP!!!!)

dekat rumah aku nie, semua orang adalah pengritik tetap aku..setiap apa yang aku masak pasti mulut2 berbisa ini bersuara. semuanyer negative belaka (tapi yang akan menghabiskan mereka jugak)

- mesti tak jadikan kalau kau masak
- mesti hancurkan kek kau
- semuanyer menggemukkan la tiqa (kat uma aku nie semua on diet)
- apa yang kau masak nie tiqa

hah!!! semua nie la kata2 yang manis bagaikan madu yang dilemparkan terhadap aku....(sob sob sob)
tapi aku tak merasakan ini semua sebagai penamat untuk aku, sebab aku akan cuba berbagai resepi lagi di bulan ramadhan ini. (AMIK KO!!! nnti aku akan letak racun kat korang..muahahahah)


apa lagi kepada pembaca2 atau pengritik2 aku kat luar sana...meh lah join aku
kita duduk relaks di hujung minggu ini
apa yang korang leh buat adalah:

- membaca blog aku sambil menghirup nescafe panas (wah sedapnyer aromanyer)
- membaca paper (surat khabar) pagi tadi. aku tahu mesti korang tak sempat kan. yela bangun pon da pukul berapa
- manjakan diri dengan buat home spa (manicure, pedicure) + facial. boleh buat sendiri. kalau nak manja sangat suruh la adik2, kakak2, jiran2 pon boleh tolong buatkan. =)
- bermain dengan kucing2 ataupon haiwan peliharaan korang
- menonton tv sambil berborak mesra dengan isteri, suami ataupon anak2 anda (ini boleh mengeratkan silaturahim)
- mendengar lagu falovate korang sambil menari terkinja2 (tak perlu pergi clubbing)

bila korang ada dekat rumah, sila lah jadikan rumah anda seperti satu nikmat yang patut anda syukuri. sebab dekat rumah la anda boleh buat apa2 dengan sesuka hati anda tanpa ada pandangan pelik dari orang2 lain.


boooo....scary tak???

p/s: dari mula aku taip sampai la sekarang kucing itu masih merenung aku..
p/ss: resepi kek chocolate akan aku share untuk next enrty.



2 comments:

  1. tiqah.slalunya kucing die leh nmpk hantu.bek ko jaga2 mlm ni ko tido.huhu

    ReplyDelete
  2. tapi kan alip apai...aku rasa mungkin hantu 2 da smpai kedah kot. night mare tak muka aku nie

    ReplyDelete