Monday, August 1, 2011

fuyooooo....baru beli..tp...


tekan2 segala macam

mesin basuh kat umah aku tue baru je aku transform menjadi baru. teeeettt...pembetulan bukan aku ek tapi IBU aku. aku ni mane la mampu nak beli segala barang2 macam itu. nak makan pon mengharap kasih seorang ibu. kira nyer kalau sekarang nie aku kena campak jauh2 dari IBU aku, terus terang aku cakap la yang aku memang tak boleh survive. =) aku sanggup patah balik rumah dan duduk kat rumah nie senyap2. patuh kepada segala arahan IBU aku. YES MADAME...tabik springsss.......

bebalik pada cerita asal aku. nie ha...teman mau cite sikit. perihal benda2
canggih sekarang nie (gaya2 makcik kat kampung dengan tangan2 sekali join). sebab kan terlampau canggih la, mesin2 nie da tak mesra pengguna (aku cakap tau, so jangan la nak bantah).



mesin manual macam nie lagi senang kot


lebih kurang la macam nie mesin basuh yang lama

dulu aku hidup senang je dengan mesin basuh aku yang lama tu. da lebih 10 tahun da dier berbakti dengan keluarga aku. basuh dengan ceria nyer. bersih baju kami semua. memang la dier nie xde la besar sangat macam mesin basuh sekarang. sekarang nie mesin basuh da sampai 15 kg da boleh muat sekali basuh. AMIK KO!!! kalau boleh makcik piah sebelah rumah nak berlawan dengan mesin basuh makcik senah nie. nak tengok siapa punyer lagi besar dan hebat!!! itu belum lawan lagi gelang emas siapa sampai siku dulu.

lebih kurang la macam mesin sekarang nie

paling best skali mesin basuh nie bunyi sekali je kalau da habis kerja dier. kalau sekarang nie, berlagu2. tapi nak buat macam maner. sayang2 aku kat mesin basuh lama pon ajal dier da sampai. reput da deir. rebah dalam bilik air kami. ='(

Ibu aku yang dah tahu ajal mesin basuh kami nie da sampai masanyer pon pergi la mencari mesin yang baru. hari ini beli baru, esoknyer teros rebah kat bilik air (mesin basuh kami kat dalam bilik air). macam tahu2 je dier ibu da pegi cari mesin yang lebih canggih. merajok teros dier dan tamatla riwayat dier.

mesin baru amatla aku nanti2kan, sebabnyer dah 2 hari baju2 kat umah kami tidak dibasuh. dengan seramai 7 orang dekat rumah, so paham2 jela baju dah berbakul2. waktu mesin baru kami sampai yang bernama HITACHI, aku tak ada. so explanation semua pegi ke ibu aku. tapi yang akan menggunakan hari2 akan datang adalah aku. yela aku kan BIBIK terhormat kat umah. so ibu ajar aku, nak guna ON je mesin lepas itu tekan START. lorh senangnyer mesin nie. nampak canggih tapi senang je guna.

hari pertama berjalan dengan lancar. esoknyer pagi2 aku masukkan baju. macam ibu aku ajar, ON and then tekan START. adalah tertulis kat situ masanyer sekali. aku pon macam kagum dengan mesin ni. tak ada la aku ternanti2 sangat baju aku bile mahu berhenti sebab ada waktunyer.

aku pon pagi itu macam biasa keluar ikot ibu ke pasar. balik2 aku pon pergi la ke mesin basuh. tengok da tak nyala da lampu dier. nak try bukak x bole. berkunci. aik...aku makin pelik. lampu dah padam tak kan la mesin tak habis2 lagi. aku pon dok picit sana sini. pastu bile dah ok bukak2 baju aku basah lagi. tak spin ke mesin basuh aku nie. aku pon dengan belagak pandai pegi la tekan tub dry. abis 15 minit. baju aku pon da macam seolah2 di spinkan. xdela basah sangat baju aku. esoknyer pon macam itu jugak. aku datang nak sidai, baju aku masih lembap. TUB DRY LAGI. dah selang beberapi hari macam itu, aku pon mengadu dengan ibu, ibu yang dok pening layan kerenah aku pon pergi la mengadu kat kedai kami beli itu. esoknyer 2 lelaki datang nak check kami punyer HITACHI.

dier tanyer aku, aku ader baju tak nak basuh, nak test mesin la sama ada ok ke x. aku pon jawab la takde sebenarnyer aku malas nak amik kat dalam rumah (sebab kali ini, mesin aku ada kat luar umah). dier pon test mesin itu. jalankan macam biasa. tengok2 ok. aku pon ngadu la. mesin ni suka berhenti sesuka hati tanpe spin dlu sebab baju aku basah lagi. dan aku ngadu tak boleh bukak mesin sebab berkunci. tau tak apa mamat tue jawab "adik, kalau mesin tak habis lagi, memang la tak akan bukak kunci dier (sambil senyum kambing). alamak mamat nie, aku tanyer sebab aku tak tahu and aku nak tahu kenapa. dah tue kenapa lampu da padam semua tapi mesin tak boleh bukak lagi. (memang korang tak akan paham situasi ini, aku yang dok menguruskan dah poning dah)

lepas tue aku pon cakap la, berdasarkan apa yang aku buat, aku kater lepas OFF n then ON balik, nak keringkan baju aku tekan tub dry. dier gelak lagi pastu jawab "tub dry tue nak cuci mesin basuh bukan baju". gulpssss....malunyer aku, tula buku panduan tak mahu baca, teros pegi belasah je. tapi korang tak boleh salah kan aku, sebab mesin nie canggih sangat sebab ader lock2 segala macam, dulu mesin lama aku, da jalan pon aku masih boleh sumbat baju lagi. pastu tak payah nak timbang2 macam HITACHI ni.

lepas da di lecture free2 dengan orang itu, aku pon da reti la sikit, tapi still yang aku tak paham macam tadi aku basuh. awal2 tulis dari starting 34 minutes, lepas 30 minit berlalu aku pon nak pegi la check, boleh pulak dier tulis 11 minutes. aku pon tunggu 15 minutes datang balik, check2 12 minutes. aik...memang buat darah aku naik je. lepas tue datang balik tengok mesin aku tengah c4, maksunyer bukak mesin dan susun balik baju aku, da tak seimbang (kalu tidak mesin tak mahu spin). tekan start balik tengok another 7 minutes. lepas 7 minutes baru la betol2 habis. so korang boleh tahu la kemarahan aku macam maner kan. berapa kali aku dok ulang alik dari dalam rumah ke luar rumah, penat tau nak bukak gril segala macam. hampir 6 kali jugak la aku ulang alik. nasib baik bulan ramadhan. =)

so hari2 akan datang, macam ini jugak la kerja aku.

2 comments:

  1. ala tiqah.basuh tangan sudah.nama pun bibik.hahahahha:)

    ReplyDelete
  2. lebih kurang prob yg sya alami . hmm..
    so boleh bgthu step2 yg betol tak nk gune msin ni ?? sya baru beli tp xthu gune huhu

    ReplyDelete