Friday, December 9, 2011

Dah boleh kawin



Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada 3-4 november 2011 hari tu aku telah selamat menghadiri kursus kawin. kursus yang dianjurkan oleh pusat pengajian islam UiTM puncak alam.

dengan yuran serendah rm50 untuk student amat berbaloi untuk aku. sebab sijil ini xde "expired date"


bile aku post pic aku kat fb mula la orang dok tanyer. "eh, dah bertunang ek" "ko nak kawin da ke?" "sapa bf ko" wei, bile ko nak kawin nie"

soalan2 macam nie untuk bakal2 pengantin xde la rasa annoyed sangat. dah memang dieorng nak kawin. tapi setahu aku, aku x mention pon yang aku nak kawin. aku just cakap aku nak pergi kursus kawin.

bile aku decide nak pergi kursus kawin. perlbagai reaksi dari kawan aku yang tak pergi. dieorng macam tak percaya yang aku nak pergi. come onla u guys i pon mau kawin tau. =)

macam maner aku terjebak, terdetik, terniat nak pergi kursus kawin ni. so inilah ceritanyer

"actually, aku dah lama pasang niat nak pergi kursus kawin. setiap tahun ada je iklan banner tulis pasal kurus kawin kat Uitm nie. tapi aku pendam. sebab aku da berazam nak pergi waktu aku final year. dengan sape aku nak pergi itu belakang kira. sebab aku sendiri tak tahu dengan sapa yg nak menemani aku.

antara sebab2 aku nak pergi:

- because im a final year student
- the fees are cheap compare with the non student
- nak pergi dengan kawan2. bukan dengan bf
- niat di hati nak belajar ilmu rumah tangga supaya boleh menjadi isteri yang terbaik
- maner tau bertemu jodoh dsana (seyesly ini memey niat asal)


aku pergi bukanla disebabkan aku nak kawin, ataupon aku dah jadi tunangan orang yang akan bakal berkahwin, ataupon aku dah ader bf.

sebelum pergi kursus kawin nie (yang memang best, sebab uztaz2 yang kelakar) aku punyer minded agak sempit. i always make a assumption that people who get married at their young age (17-24) is GATAL. yela da miang. so nak la kawin cepat. but TET!!! i was wrong. totally wrong!! kawin itu adalah perkara mulia. jika korang rasa pasangan korang tu adalah jodoh yang tepat tok korang (bunyi macam so desperately want to get married) then cepat2 la kawin. x kira umo korang muda maner waktu itu. tapi if anda laki, pastikan la anda mampu menyara isteri dan anak2 anda.

till then, kepada yang bakal begelar pengantin. jangan lupa jemput aku makan nasi minyak korang ek.

sedikit selingan. ini adalah perbualan antara aku and ibu.

me: ibu, minggu nie tiqa x balik

ibu: npe?

me: ada program. ada kursus

ibu: owh. (senyap sekejap) kursus ape?

me: (sambil malu2 nak cakap) kursus kawin.

ibu: HUH!! kursus ape? kawin?

me: a'ah kursus kawin. saja nak pegi. sebab murah. (alasan x boleh diterima pakai)

ibu: senyap balik. hanya mampu sengih je.


Muka yang ceria mendengar bab2 kawin ni



p/s: kalau korang xde pasangan sekarang, korang masih boleh pergi untuk mendapat ilmu. tapi yang dah ada pasangan lagi la baik. sebab biar sama2 sedar nanti tanggungjawab bersama selepas kawin.

Thursday, December 1, 2011

Apa tujuan di buat blog???

salam semua!

entri kali nie adalah hasil daripada kerahan OTAK aku nie berpikir. otak nie dok sibuk berpikir kenapa orang-orang diluar sana buat BLOG.
apa sebab utama mereka buat BLOG.

so kat sini aku list kan apa yang otak aku jawab:

adakah disebabkan cari Glamor (baik jadi artist je tentu-tentu glamor itu pasti. x fofular pon xpe boleh jadi macam "ZARINO AnJolie". nama naik disebabkan controversi yang x habis2!!)

atau adakah disebabkan

  • nak cari duit lebih. yela ader nuffnang kan sekarang. klik sana sini boleh da empunyer blog dapat duit poket sedikit.

  • sekarang nie 1 TREND. semua kena ader blog. macam da jadi account MUKABUKU da. yela nak update status kat MUKABUKU skit sangat so nak lepaskan gian menulis main bantai la kt BLoG. tulis la panjang lebar, xde orang nak marah. nama pon BLOG hang yang punyer.

  • nak cari kenalan baru. yela da follow blog terang-terang leh stalker sesuka hati. tup2 leh jatuh cinta. bak kata pepatah "CINTA ITU BUTA"

  • suka @ minat menulis. kadang2 blog nie boleh jadi macam novel da. siap ada sambungan lagi cerita tu. part 1, part 2...kadang2 ada 2 sampai part 20. ishk2 kalau drama pon da habis da tayangan.

  • tempat untuk meluahkan rasa sakit, gembira, sedih kadang2 tu tempat bergossip pon ada. tempat cerita masalah ngan bf/gf pon ada. kadang2 cerita tentang diri die, parents dier, kawan2, jiran2, lecturer, bos, rakan kerja dan paling teruk hal2 berjumpe bf/gf pon nak cerita. dari mula perkenalan sampai la pergaduhan. sampaikan orang tu korang xkenal pon bf/gf dier tapi disebabkan selalu cerita, korang da boleh kenal sangat da bf/gf dier.

macam aku, aku menulis blog nie sebab utama suka2. sebab tu aku kadang2 buat entry bile aku rasa nak buat. bile MOOD datang. aku tak kejar glamor, aku tak kejar duit (dalam akaun rm 0.00), aku tak kejar trend, sebabnyer aku da lama jugak ader blog nie. cuma tak aktif je.

so aku rasa, hanya korang2 je yang tahu SEBAB UTAMA korang berBLOG nie.



p/s: sebelum buat BLOG, pasang niat dulu. tanyer diri korang sebab utama korang buat BLOG. insyaAllah dengan niat itu akan tercapaila apa yang korang nak tentang BloG korang.




Friday, November 18, 2011

Downtown baru dibukak di bukit jalil & puchong permai


Assalamualaikum.
watups you guys!!!



sory sory (buat gaya ala2 super junior (SJ). comel tak??? ^_^
lama betol rasanyer tak update new post. jangan la kata aku dah malas (walaupon itu la alasan yang sebenarnyer), cuma masa tak mengizinkan. busy aku macam orang yang ada 2 SUAMI.


aku masih lagi bergelar PELAJAR atau bahasa inggerisnyer STUDENT. masa-masa weekdays aku dihabiskan di puncak alam dan weekend aku balik uma sebab nak tolong abang aku (abg
kandung) niaga. apalah yang kecoh sangat aku ni, niaga sampai busy memanjang. yela niaga kt downtown mesti la busy. siang tido malam jadi batman membantu orang yang kelaparan waktu malam mencari makanan (kira nie dapat pahala la tolong orang).


mai-mai datang ke KARNIVAL 1 MALAYSIA BUKIT JALIL & UPTOWN PUCHONG PERMAI



aku berniaga CHOCOLATE MARSHMALLOW



apa yang ada:

  • STRAWBERRY (ala2 siti nurhaliza gitu suka strawberry celup cokolat)
  • PISANG
  • ANGGUR
  • BISKUT
  • MARSHMALLOW PELBAGAI PERISA




salah seorng pembeli di puchong permai


semuanyer dicelup dengan cokolat. Yummy!!!




pukul bpe dibuka?

dua2 dibuka dari pukul 8.00pm hingga 2.00am.

so datang la beramai2 sebab ianyer serupa macam downtown danau kota, cheras, shah alam, damansara & kajang. so siapa-siapa yang rumahnyer dekat puchong, putrajaya, kajang, bangi, pj, damansara, ampang bole la turun ke sini.



inilah lokasi di bukit jalil. tempat stesen bus lama

pada esok hari sabtu 19/11/2011 akan ada konsert kat bukit jalil (lokasi tepat bersebelahan dengan lrt bukit jalil). so artis2 ada seperti ibnur reza, farina AF8 dan ramai lagi. yok ramai-ramai memeriahkan konsert itu. jangan risau pasal nak tgk bola sebab kat bukit jalil ada scree
n besar tok tengok tv!!! ada astro segala macam.

screen gergasi di bukit jalil. nie pic semalam ketika MALAYSIA VS INDONESIA


so bila anda singgah di 2 lokasi ini jangan lupa singgah di kedai CHOCOLATE MARSHMALLOW!!!

pada sesiapa yang nak membuat parti, event, majlis kawin, kenduri, corporate and memerlukan sesuatu yang baru and segar jangan segan2 memanggil kami. kami menawarkan harga yang murah dan juga mutu chocolate yang lazat.


Strawberry choc... food that will make you smile... :)



p/s: tak sabar nak tunggu rabu nie. ibu sampai dari tanah suci.




Wednesday, August 10, 2011

Sponge bob kalau ditukar lyricnya


ini aku nak korang cuba tengok. dimana lyrics asal sponge bob versi omputih dan di versikan dalam dielek klate (kelantan) dan ganu (teregganu)


LALALALA....nyanyi pon macam syok je nie

English version (nyanyi sama2 jum)




Are ya ready kids?

Aye, Aye captain!

I can't heeeaaar yooouuu!

AYE, AYE CAPTAIN!

oooooooooooo.........

Who lives in a pineapple under the sea?
Sponge Bob Square Pants!
Absorbent and yellow and porous is he.
Sponge Bob Square Pants!
If nautical nonsense be somethin' ya wish.
Sponge Bob Square Pants!
Then drop on the deck and flop like a fish.
Sponge Bob Square Pants!

Ready?
Sponge Bob Square Pants (3x)
Sponge Booob Square Paaants!


versi klate

Ready dok budok-budok?

Ho laa, kepten!

Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,

Gedio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok!

Sedia
Sponge............bob Sluar kotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok
versi Ganu

sedia dok g budok2?
sedia kapteng!
ndapee..??!!
sedia doh la kapteng!!
...ooo...peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!!
spongebob sluor pettok!!
senang menghesap kaler kuning..
spongebob sluor pettok!!
kalu sek2 mu suke nde pelek hok dalang lauk
spongebob sluor pettok!!
meh la noppak pe ikang
spongebob sluor pettok!!

sedia??!!
spongebob sluor pettok (3x)
spongebob... sluor pettok!!!

Tuesday, August 9, 2011

baru 9 hari puasa berat dah turun 5 kilo




amacam terperanjat tak??

mesti korang rasa kagum kan. Yela jarang orang dapat turunkan berat dengan amount sebanyak nie.
5 kilogram tu!!!




Agggrrhhh



nie semua adalah angan semata2. korang rasa boleh ke aku turun dengan berat sebanyak tu.
kalau korang nak aku, aku bukannya lost weight tapi aku gain weight!!!
tapi tak adalah sampai 5 kilo.

aku tak tahu apa silap aku.
dah macam2 cara execise aku buat kat rumah nie


hari2 aku bangun seawal jam 9 (tido balik lepas subuh ek)

sapu lantai 5 minit
basuh pinggan 10 min
basuh baju (mesin) + sidai baju 10 minit
main internet 4 jam (duduk, baring, meniarap)
tengok tv 6 jam (dalam keadaan duduk)

tido 8 jam (sudah tentulah baring)

tengok-tengok. hari2 kot activity aku macam nie

nie pon tak kurus2
semua muscle dah aku gerakkan
paling banyak otot abdomen aku la tapi yang pelik nyer still kedepan jugak perut aku nie


tutup mata semua. abang seksi nie nak beraksi. (menaip sambil satu lagi tangan tutup mata sambil intai2 celah jari)
bestnyer dapat OPPA macam ini. meow...meow...GGGrrrrrGGGhhh

yang aku napak 3 layer gak. kurang sikit dari kek lapis sarawak (yum2)

tension betol duduk rumah nie
bekerja keras pon ini lah yang aku dapat.


aku rasa lepas nie banyak kan exercise dalam keadaan baring. kena ubah posisi setiap 2 minit. kaki aku kena peluk bantal kuat2 supaya otot adductor aku bekerja.
baru nampak kot hasilnyer.




best jugak dapat kaki macam orang korea. cantik tue. panjang dan cantik.


cantiknyer kaki!!!!


p/s: ada lagi 21 hari berpuasa. pulun sampi habis!!!


Sunday, August 7, 2011

Chocolate mud cake!!!!!


Yummy!!!

you guys must be crazy searching for the right recipe
so here it goes..
i am honour to share my recipe with you all
the recipe are quite simple but make sure you have all the ingredients!!

INGREDIENTS
For the cake

  • 1 1/2 cawan of plain flour (apa2 jenama pon boleh)
  • 1 cawan of castor sugar
  • 1 sudu of baking powder
  • 1/2 sudu besar of bicarbonate soda
  • 125 g of unsalted butter
  • 1/2 sudu besar of cocoa powder
  • 2 large eggs
  • 2 sudu besar of vanilla extract
  • 1/2 of dark chocolate about 70g (ini nak guna pon boleh, tak mahu pon boleh. selalunyer dah ader cocoa powder tak payah chocolate pon tak apa)
  • 1 cawan air kosong (air paip pon boleh digunakan)
For the top

  • 2 cawan of cream (yang ini guna cecair whipping cream pon boleh)
  • another 1/2 of the dark chocolate. yang lebihan dari buat cake tadi (70g). patah2 kan
  • castor sugar about 2 sudu besar.
cara membuat cake

1. campurkan butter + chocolate + gula + air. kemudian cairkan bahan2 berikut. kaedah yang saya gunakan adalah stim. ini supaya tidaklah hangit jika dibiarkan. kemudian kacau menggunakan whisk @ sudu. tunggu sampai ia benar2 cair.

2. campurkan tepung + baking powder + bicarbonate soda + cocoa powder ke dalam 1 bekas. (lebih baik tapis tepung2 ini supaya tiada ketulan) kacau menggunakan sudu. kemudian masukkan vanilla extract.

3. kemudian masukkan campuran 1 tadi ke dalam campuran 2. kacau adunan tadi sehingga sebati dan tiada gelembung2. barulah dimasukkan 2 biji telur dan dikacau lagi sehingga sebati.

4. sapukan loyang (jika anda menggunakan loyang) dengan butter supaya cake anda tidak melekat bila dah masak nanti

5. masukkan bahan2 num 3 tadi ke dalam loyang. ratakan supaya apabila dah masak cake anda akan kelihatan cantik.

6. masukkan ke dalam oven. sebelum itu, pastikan oven anda sudah dipanaskan terlebih dahulu. gunakan 160'C dan biarkan dalam 45 minit. (suhu ini bergantung kepada oven anda kerana setiap oven berlainan)

topping

1. cairkan chocolate + gula + cream menggunakan kaedah stim juga

2. kacau sehingga ia benar2 cair. dan jika warna tidak begitu memberangsangkan masukkan sedikit cocoa powder untuk warna yang lebih menarik.

biarkan cake tadi sejuk dahulu barulah diletakkan topping.

Dan sekarang anda boleh la jamukan kepada family, rakan2 dan bf/gf anda.

SELAMAT MENCUBA!!!!

Saturday, August 6, 2011

bersantai bersama tieqa rodzuan



wah seronoknyer ketika ini
kenapa????



sebab

sebab

sebab






aku tengah merelaks kan diri aku
bersama aku kini adalah tempekan mask dimuka aku smbil menaip blog dan juga makan kek chocolate


Agak2 ada orang nak masuk meminang tak???


langsir, aku kuak kan skit, biar aku nampak dekat luar (opppssss korang jangan risau jiran aku tak akan nampak rupa aku yang seperti hantu nie sebabnyer bilik aku nie menghadap dinding umah mereka)
tapi yang paling syok, bila aku bukak langsir dan tingkap apa yang aku nampak adalah seekor kucing yang tengah merenung aku. muahahahha mungkin pelik kot tengok muka aku malam2 macam nie. ^-^

renungan kerana terpikat dengan kecantikan aku ini...=P

malam-malam minggu macam ini adalah waktu yang paling sesuai untuk manjakan diri
setelah penat pada siang hari menolong IBU ku memasak juadah berbuka

hari ini juga aku telah berjaya membuat "kek chocolat mud" agak2 apa ek...ini la dier resepi dimana ianya dilimpahi chocolate yang sanagt2 banyak. (tak mahu selitkan gambo sebab tak berapa nak jadi..1st trial la katakan..tapi dipuji oleh ibu sebab SEDAP!!!!)

dekat rumah aku nie, semua orang adalah pengritik tetap aku..setiap apa yang aku masak pasti mulut2 berbisa ini bersuara. semuanyer negative belaka (tapi yang akan menghabiskan mereka jugak)

- mesti tak jadikan kalau kau masak
- mesti hancurkan kek kau
- semuanyer menggemukkan la tiqa (kat uma aku nie semua on diet)
- apa yang kau masak nie tiqa

hah!!! semua nie la kata2 yang manis bagaikan madu yang dilemparkan terhadap aku....(sob sob sob)
tapi aku tak merasakan ini semua sebagai penamat untuk aku, sebab aku akan cuba berbagai resepi lagi di bulan ramadhan ini. (AMIK KO!!! nnti aku akan letak racun kat korang..muahahahah)


apa lagi kepada pembaca2 atau pengritik2 aku kat luar sana...meh lah join aku
kita duduk relaks di hujung minggu ini
apa yang korang leh buat adalah:

- membaca blog aku sambil menghirup nescafe panas (wah sedapnyer aromanyer)
- membaca paper (surat khabar) pagi tadi. aku tahu mesti korang tak sempat kan. yela bangun pon da pukul berapa
- manjakan diri dengan buat home spa (manicure, pedicure) + facial. boleh buat sendiri. kalau nak manja sangat suruh la adik2, kakak2, jiran2 pon boleh tolong buatkan. =)
- bermain dengan kucing2 ataupon haiwan peliharaan korang
- menonton tv sambil berborak mesra dengan isteri, suami ataupon anak2 anda (ini boleh mengeratkan silaturahim)
- mendengar lagu falovate korang sambil menari terkinja2 (tak perlu pergi clubbing)

bila korang ada dekat rumah, sila lah jadikan rumah anda seperti satu nikmat yang patut anda syukuri. sebab dekat rumah la anda boleh buat apa2 dengan sesuka hati anda tanpa ada pandangan pelik dari orang2 lain.


boooo....scary tak???

p/s: dari mula aku taip sampai la sekarang kucing itu masih merenung aku..
p/ss: resepi kek chocolate akan aku share untuk next enrty.



Thursday, August 4, 2011

advanced raya...bersalam salaman



watups uols....

aku puasa hari ini. korang puasa tak???? tak baik tau tak puasa (menyampah tak ayat nie...nampak macam aku belagak pandai + alim kan)
nie bukan nak tunjuk belagak macam post2 kat wall mukabuku (korang tak rasa annoying ke orang yang dok post2 dekat wall dieorng tue.
antaranya adalah:

- mari berbuka beramai2
- hari ini aku masak sambal udang, masak lemak cili api kesukaan bf aku
- apa menu berbuka hari ini ek
- nak sahur esok makan apa ek
- yok tarawikh
- baru je balik dari solat tarawikh

(nie la ayat2 yang annoying sekarang nie aku rasa, sampaikan aku malas nak bukak FB..aiyoooo macha...korang nie macam la korang sorang je yang puasa nyer sampai nak bagitahu satu dunia. iskh2 nie kiranyer bukan ikhlas tapi da riak + menunjuk2)

ok la disebabkan aku da kutuk korang nie aku nak mintak maaf dulu la ek. yok kita bersalam salaman. actually cite nie aku terpikir bile aku makan kat umah aunty aku sabtu lepas.
hal2 nie diborakkan oleh IBU aku dan juga nenek sedara aku dan seangkatan dengannya la (aunty2 yang lain).

time kecik2 diajar cium begini da besar lain cara nyer

citer nie bermula bile time dah nak balik. adalah sedara2 aku nak beransur balik. aku lak dengan adik beradik aku yang lain tengah bersantai2 sambil mendengar dengan sopannyer orang tua berbual. bile nak beransur tu mestila bersalam-salaman. ada yang bersalam bawak tangan ke pipi, ada yang salam tak cium tangan pon, ada yang salam gitu2 je, ada yang mengelat dari salam, ada yang salam tak pandang pon orang yang salam tu (buat2 bz).


da besar abang aku dibentuk dengan betul. tengok dier salam IBU aku macam maner

bagi aku kalau korang nak salam, salam la orang itu dengan ikhlasnya dan pandang la orang itu sebelum salam. barulah orang yang kita salam tue tak terasa sangat dan merasakan kita nie ikhlas. lagi2 dengan orang tua.

ini pulak beberapa situasi dalam bersalaman

- Salam sorang dua pas tu ajak sembang dan terus duduk..
-Salam sorang dua dan angkat tangan dengan menghalakan pada semua dengan senyuman..maknanya dia paham la tu korang malas..
-Terus amek tempat duduk dan angkat tangan dan cakap “salam semua!” (ini lebih sesuai kalau semuanya rakan yang rapat)


ini hanyalah pengajaran serba sedikit di bulan ramadhan supaya korang alert. kadang2 kita buat nie kita sendiri tak perasan.

p/s: jangan la jadi seperti tokoh2 @ orang besau sekarang yang kita tonton kat tv sekarang nie. salam pon tak pandang orang even orang yang salam dier tue lagi tua. tau la kau ada pangkat tapi pangkat kau tue tak bawa kemana pon. yang lagi tua patutla dihormat supaya sama2 rasa dihormati. =)

SELAMAT BERAMAL!!!

Monday, August 1, 2011

fuyooooo....baru beli..tp...


tekan2 segala macam

mesin basuh kat umah aku tue baru je aku transform menjadi baru. teeeettt...pembetulan bukan aku ek tapi IBU aku. aku ni mane la mampu nak beli segala barang2 macam itu. nak makan pon mengharap kasih seorang ibu. kira nyer kalau sekarang nie aku kena campak jauh2 dari IBU aku, terus terang aku cakap la yang aku memang tak boleh survive. =) aku sanggup patah balik rumah dan duduk kat rumah nie senyap2. patuh kepada segala arahan IBU aku. YES MADAME...tabik springsss.......

bebalik pada cerita asal aku. nie ha...teman mau cite sikit. perihal benda2
canggih sekarang nie (gaya2 makcik kat kampung dengan tangan2 sekali join). sebab kan terlampau canggih la, mesin2 nie da tak mesra pengguna (aku cakap tau, so jangan la nak bantah).



mesin manual macam nie lagi senang kot


lebih kurang la macam nie mesin basuh yang lama

dulu aku hidup senang je dengan mesin basuh aku yang lama tu. da lebih 10 tahun da dier berbakti dengan keluarga aku. basuh dengan ceria nyer. bersih baju kami semua. memang la dier nie xde la besar sangat macam mesin basuh sekarang. sekarang nie mesin basuh da sampai 15 kg da boleh muat sekali basuh. AMIK KO!!! kalau boleh makcik piah sebelah rumah nak berlawan dengan mesin basuh makcik senah nie. nak tengok siapa punyer lagi besar dan hebat!!! itu belum lawan lagi gelang emas siapa sampai siku dulu.

lebih kurang la macam mesin sekarang nie

paling best skali mesin basuh nie bunyi sekali je kalau da habis kerja dier. kalau sekarang nie, berlagu2. tapi nak buat macam maner. sayang2 aku kat mesin basuh lama pon ajal dier da sampai. reput da deir. rebah dalam bilik air kami. ='(

Ibu aku yang dah tahu ajal mesin basuh kami nie da sampai masanyer pon pergi la mencari mesin yang baru. hari ini beli baru, esoknyer teros rebah kat bilik air (mesin basuh kami kat dalam bilik air). macam tahu2 je dier ibu da pegi cari mesin yang lebih canggih. merajok teros dier dan tamatla riwayat dier.

mesin baru amatla aku nanti2kan, sebabnyer dah 2 hari baju2 kat umah kami tidak dibasuh. dengan seramai 7 orang dekat rumah, so paham2 jela baju dah berbakul2. waktu mesin baru kami sampai yang bernama HITACHI, aku tak ada. so explanation semua pegi ke ibu aku. tapi yang akan menggunakan hari2 akan datang adalah aku. yela aku kan BIBIK terhormat kat umah. so ibu ajar aku, nak guna ON je mesin lepas itu tekan START. lorh senangnyer mesin nie. nampak canggih tapi senang je guna.

hari pertama berjalan dengan lancar. esoknyer pagi2 aku masukkan baju. macam ibu aku ajar, ON and then tekan START. adalah tertulis kat situ masanyer sekali. aku pon macam kagum dengan mesin ni. tak ada la aku ternanti2 sangat baju aku bile mahu berhenti sebab ada waktunyer.

aku pon pagi itu macam biasa keluar ikot ibu ke pasar. balik2 aku pon pergi la ke mesin basuh. tengok da tak nyala da lampu dier. nak try bukak x bole. berkunci. aik...aku makin pelik. lampu dah padam tak kan la mesin tak habis2 lagi. aku pon dok picit sana sini. pastu bile dah ok bukak2 baju aku basah lagi. tak spin ke mesin basuh aku nie. aku pon dengan belagak pandai pegi la tekan tub dry. abis 15 minit. baju aku pon da macam seolah2 di spinkan. xdela basah sangat baju aku. esoknyer pon macam itu jugak. aku datang nak sidai, baju aku masih lembap. TUB DRY LAGI. dah selang beberapi hari macam itu, aku pon mengadu dengan ibu, ibu yang dok pening layan kerenah aku pon pergi la mengadu kat kedai kami beli itu. esoknyer 2 lelaki datang nak check kami punyer HITACHI.

dier tanyer aku, aku ader baju tak nak basuh, nak test mesin la sama ada ok ke x. aku pon jawab la takde sebenarnyer aku malas nak amik kat dalam rumah (sebab kali ini, mesin aku ada kat luar umah). dier pon test mesin itu. jalankan macam biasa. tengok2 ok. aku pon ngadu la. mesin ni suka berhenti sesuka hati tanpe spin dlu sebab baju aku basah lagi. dan aku ngadu tak boleh bukak mesin sebab berkunci. tau tak apa mamat tue jawab "adik, kalau mesin tak habis lagi, memang la tak akan bukak kunci dier (sambil senyum kambing). alamak mamat nie, aku tanyer sebab aku tak tahu and aku nak tahu kenapa. dah tue kenapa lampu da padam semua tapi mesin tak boleh bukak lagi. (memang korang tak akan paham situasi ini, aku yang dok menguruskan dah poning dah)

lepas tue aku pon cakap la, berdasarkan apa yang aku buat, aku kater lepas OFF n then ON balik, nak keringkan baju aku tekan tub dry. dier gelak lagi pastu jawab "tub dry tue nak cuci mesin basuh bukan baju". gulpssss....malunyer aku, tula buku panduan tak mahu baca, teros pegi belasah je. tapi korang tak boleh salah kan aku, sebab mesin nie canggih sangat sebab ader lock2 segala macam, dulu mesin lama aku, da jalan pon aku masih boleh sumbat baju lagi. pastu tak payah nak timbang2 macam HITACHI ni.

lepas da di lecture free2 dengan orang itu, aku pon da reti la sikit, tapi still yang aku tak paham macam tadi aku basuh. awal2 tulis dari starting 34 minutes, lepas 30 minit berlalu aku pon nak pegi la check, boleh pulak dier tulis 11 minutes. aku pon tunggu 15 minutes datang balik, check2 12 minutes. aik...memang buat darah aku naik je. lepas tue datang balik tengok mesin aku tengah c4, maksunyer bukak mesin dan susun balik baju aku, da tak seimbang (kalu tidak mesin tak mahu spin). tekan start balik tengok another 7 minutes. lepas 7 minutes baru la betol2 habis. so korang boleh tahu la kemarahan aku macam maner kan. berapa kali aku dok ulang alik dari dalam rumah ke luar rumah, penat tau nak bukak gril segala macam. hampir 6 kali jugak la aku ulang alik. nasib baik bulan ramadhan. =)

so hari2 akan datang, macam ini jugak la kerja aku.

Wednesday, July 6, 2011

conflict identity

sebagai pembuka tirai aku untuk bulan JULAI ini aku nak story mory dengan korang pasal tajuk KONFLIK IDENTITI dalam BMnyer n BInyer CONFLICT IDENTITY.

Penah tak korang rasa diri korang nie bukan la diri yang sebenar? bukan la bermaksud hypocryte tetapi masalah nak mengenal perangai sendiri or character anda sendiri??? penah???

terus terang aku nak cakap. aku memang banyak kali penah. cuba korang bayangkan ek.
bila aku tengok cerita yang best lakonan heroin nyer terus aku nak jadi macam dier. kadang2 perwatakan heroin dier ada dalam diri aku sampai 1-2 hari. hilangnyer identiti itu bile aku admire orang lain pulak.

kadang2 aku nak tiru gaya dier. perangai dier.
peliks? xla. korang pon aku rasa ader jugak macam ini. cuma korang x perasan je. lagi2 kalau aku tengok cerita korea. gaya dier macam aku nak ikot je. tapi tak kena la pulak dengan aku nie. =(


tapi bile aku pikir2 kan balik. ini adalah cara aku mencari identiti aku sendiri. sampai masanyer nanti aku akan dapat identiti aku sendiri. mungkin sekarang da 80%. tinggal lagi 20% je. sikit je lagi. tapi jangan la jadi macam dalam sesetengah movie tu (cerita ape, aku memang tak ingat). conflict identity dier siap sampai bunuh2 orang. and kalau boleh biar la conflict identity nie sampai tak menggangu orang lain. juz involve ourself.

p/s: nak sambung tengok cerita korea. muahahahha

Tuesday, May 10, 2011

belagak artis sekejap - ditemubual

ikuti temu bual aku bersama papapoporazirozi


anda sedang buat apa sekarang ini?

tak ada buat apa2. actually baru masak nasi n goreng ayam

bila anda bosan anda selalu buat apa?
setakat ini aku asyik main internet + tengok tv + bersms

ada aktiviti-aktiviti menarik pada masa terdekat ini yang anda ingin lakukan?
ADA2!!! insyaAllah ahad ini nak pegi Sabah ngan my bestmate. n kalau boleh jumaat nie pon nak buat sesuatu. nak buat apa kena rahsiakan dulu sebab takut tak jadi. =)

ada seseorang yang anda sedang merindui?
tipu la kalau kata tak ada. atie ini meronta2 nak jumpe. tapi apa kan daya dier busy (kalah menteri) kepada DIER. saya rindu awak la

ada apa-apa2 ucapan kepada dia?
da ucap da kat atas tadi

sekarang anda sedang belajar atau bekerja?
belajar

apakah cita-cita anda waktu dahulu?
banyak sangat.
waktu kecil teringin nak jadi cikgu. da sekolah menengah nak jadi bussinesswoman. nak bukak resort or hotel sendiri (kalaula impian ini boleh tercapai lagi). bila matriks nak jadi ahli farmasi. dah masuk uni tibe2 nak jadi fisioterapi dalam bidang sukan insyaAllah. kalau tak jadi jugak mahu bukak bussiness kot.


3 perkara yang orang tidak tahu pasal anda?
1. aku masih mempunyai bantal wangi sejak umo 5 tahun (+-x kira la sendiri ek da berapa tahun)
2. bukan seorang pendendam tetapi cepat marah (xde nak simpan2 nie)
3. banyak sangat rahsia yang disimpan sampai tak tau nak luahkan yang maner satu


anda sudah berpunya?
apa punyer soalan la. mestila da. kepunyaan ibu and abah saya. next

3 ciri lelaki/perempuan idaman anda?
3 lagi...suka sangat num 3 nie
1. seorang yang matang
2. yang kaya!!!! ($$$$) kaya dari segi amalannya, ilmunya, budi pekertinya, kasih sayangnya, pendek kata yang semuanya kaya la. mahu pilot!!!
3. yang romantik...ececeh...(geli mak)


apakah yang ingin lakukan?
sebabkan cuti yang panjang ini terlalu lama aku rasa ada macam2 bende aku mahu buat
1. nak kuruskan badan. yang ini paling penting!!
2. nak blajar beberapa lagu tok dmainkan dengan guitar
3. nak jumpe amirul hadi!!! <3 (jangan marah ek yang lain)
4. nak kerja coz duit xde!!!
5. berjoli2 ngan bff saya
setakat ini je kot rasanya. terima kasih!!


p/s: fuhhh....dengan jayanya aku menjawab beberapa soalan cepu emas ini!!! yaaahhhhooooo

Monday, May 9, 2011

anugerah terbesar dari TUHAN

POST kali ini khas untuk ibuku yang bernama

ROSNAH BTE HUSSIN


ibu, aku berterima kasih kepadamu kerana melahirkan aku pada tanggal 4/6/1988

lahir la anak yang cantik + comel ini

pada ketika itu, banyak dugaan yang aku dengar

aku demam kuning, dan ibu sanggup ulang alik dari umah ke hospital untuk pastikan aku dalam keadaan sihat walaupon ketika itu ibu dalam pantang n ibu juga tahu aku dijaga rapi oleh doktor2 and staff nurse yang ada tapi masih juga datang ke hospital

ibu, ketika aku kecil, ibu sanggup berjaga malam untuk memastikan segalanya tentang aku dalam keadaan yang TERBAIK (dari segi pampers, susu,nyamuk)

ketika aku mula meningkat ke alam sekolah, ibu akan sentiasa memastikan aku ke sekolah. ibu sanggup bangun pagi untuk kejutkan aku dan adik walaupon aku tahu ibu masih ngantuk dan keletihan kerana ibu juga bekerja

ibu akan kejutkan aku berulang kali bagi memastikan aku bangun dan mandi tanpa tido kembali walaupon itulah yang sering aku lakukan.

ibu, ibu sanggup berleter kepada anak2 ibu yang lima orang nie kerana ibu yakin dengan teguran dan leteran ibu ini, anak2 ibu akan mendengar cakap dan juga menjadi anak yang berguna
Alhamdulillah ibu, kami lima adik beradik menjadi anak yang berjaya hasil didikan ibu ini

ibu, ketika aku menuntut di universiti ini
ibu akan sentiasa call aku (kadang2 aku call ibu dan ibu akan kata biar ibu yang call sebab ibu takut aku tak ada duit nanti)
menyanyakan kesihatan, bagaimana hariku, apa yang aku sedang buat dan juga akan memastikan duit aku mencukupi (baiknya hatimu ibu)
kadang2 aku terpikir, dengan duit yang banyak itu, cukupkah ibu mahu menampung kami 5 adik beradik
alhamdulillah, ibu sentiasa berkata rezeki Allah bagi tak pernah putus

da 5 of us (abangngah, k.lang, abangcik, me n aim)

bila aku di rumah, ibu akan menyanyakan apa yang mahu aku makan
kadang2 tanpa dipinta ibu sudah sediakan masakan kegemaranku
sambal udang dan juga ketam masak lemak cili api
aku terlalu lalai dengan kasih sayang ibu sampai aku lupa mahu mengucapkan
TERIMA KASIH IBU

pada ketika ini, di waktu aku ketiadaan abah and mengharapkan ibu aku sahaja, aku akan sentiasa memastikan kegembiraan ibuku 20x ganda dari dahulu
aku akan memastikan aku sentiasa bersama ibuku dan InsyaAllah akan menbuatkan ibuku gembira

setiap minggu aku akan balik menjengukmu ibu, biarlah kawan2ku berkata aku ini manja mahu balik rumah setiap minggu tapi aku yakin ini sahajalah yang mampu aku balas jasamu ibu dan selagi nyawa dikandung badan akan aku buat sehabis baik kepadamu.

ibu, kaulah ratuku
kasih sayangmu tak mampu diucap atau dilakonkan, semuanya kerana tidak mampu menandingi nilaimu ibu
tiada kata mampu aku tuturkan
yang mampu aku buat adalah sentiasa membuatkan dirimu bahagia, insyaAllah didunia dan juga diakhirat

so pada hari ibu kami adik beradik decide mahu bawak ibu pegi makan dekat TARBUSH sunway piramid

tq kepada yang belanja kami makan (khas untuk abang2ku and kakak yang tersayang)
ibu selalu pesan kapadaku
tiada lagi orang yang lebih bermakna selain kepada keluarga kita sendiri <---adik beradik

kami mencari TARBUSH (sambil berlari2 anak)

sebelom makanan sampai amik pic dulu (WAJIB!!)

lepas da sampai makanan pon wajib amik

view dari TARBUSH

APPY MOTHER'S DAY IBU!!!

da desert looks yummy!!!

antara makanan2 yang kami order...yummy (mostly kambing!!)

K.lang bersama husband 2 be abg zul

abangcik bersama ibu

wutsup yooo...pengakhir dari adikku

Friday, May 6, 2011

Keputusan tawaran masuk ke IPTA

tadi waktu aku sampai umah aku pon capai la kosmo.
langganan KOSMO!! setiap hari kat umah aku nie
belek2 tengok ader tajuk baikpunyer

Keputusan permohonan ke IPTA hari ini


bile tengok je tajuk nie buatkan memori daun pisang aku kembali balik 5 tahun yang lepas.
bagi aku waktu ini adalah hari penentu masa depan aku (nightmare or sunshine)

ok meh sini aku tanyer korang.
pernah tak korang alami kerisauan atau "nervous" sangat-sangat waktu nak check result masuk ke IPTA???

kalau tak pernah bagus la..aku rasa korang sangat hebat sebab sangat confident dengan diri sendiri yang korang leh masuk IPTA.

tapi bagi diri aku, aku sangat lain. bile ia berkaitan dengan sesuatu keputusan aku sangat nervous @ cuak (bahasa orang muda sekarang). tak kisah la keputusan dari segi apa. tapi selalunya yang melibatkan akedemik (result upsr, pmr, spm, kemasukkan ipta, result matrix, result uitm sekarang).

kadang2 nervous aku tu sampai tahap gaban la. aku sampai malas mahu memikirkan nye dan mula la episode aku nak buat2 busy supaya aku tak fikir sangat pasal result 2. kadang2 aku lah orang yang terakhir tahu keputusan.


time dulu2 punyer result (gambar hiasan)

back to the future
5 tahun dahulu waktu aku nak isi borang UPU nie. aku duduk sebelah abah aku. abah akulah orang yang bersungguh2 check satu-satu kursus ape yang patut aku amik berdasarkan keputusan SPM aku. sebab abah aku nak membantu aku dalam pemilihan kursus.

pasal keputusan, seingat aku la keputusan matriks akan kluar dulu baru untuk IPTA. so aku check untuk matriks dulu. satu2 kawan aku call and message aku kater dieorng dapat masuk matriks. macam biasa aku tunggu dah reda sikit line barulah aku check result.

CUAK??? gile apa tak cuak. mestila aku cuak.
waktu aku check result seingat aku la, waktu tue adalah waktu maghrib. aku dalam bilik parents aku.
ibu aku waktu tue ada dalam bilik air, tinggal aku and abah aku je. aku pon mulakan la langkah aku ngan masukkan number IC tok check result. n jawapan daripada SMS tue sangat la mengembirakan aku. sebab aku dapat masuk matriks!!! and orang yang pertama tahu adalah abah aku sebab abah aku ada disebelah aku waktu itu.

Bersyukur panjang abah aku. saat itu adalah saat2 manis bagi aku. abah aku siap pegi kat bilik air panggil ibu aku keluar untuk bagitahu. comel x??? ini sebab anak kesayangan dier dapat masuk uni. parents maner tak gembira anak dier berjaya. betul tak?

so aku rasa itu la saat2 aku time nak dapat result masuk matriks.
korang pulak bagaimana? kepada yang tak dapat, jangan la risau kerana rezeki anda ada dimana2. percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Monday, May 2, 2011

perhimpunan golongan2 orang cantik



Konsert gadis semasa

ini bukan sebarang konsert!!!
konsert ini meletakkan barisan artis2 yang terkenal

antara artis2nya adalah:

YUNA, HUJAN, ONE NATION EMCEE & ELLA

n da most important part is untuk memperkenalkan new artis which is

MELDA AHMAD
yang terkenal ngan lagu2 PUTUS, KIMIA, KAU DAN AKU
try search it tru atuk YOUTUBE then u will find da answer

x pon try tengok esok (selasa, 3/5/11) tru TV3 kol 6.
ada episode terakhir GADIS SEMASA


konsert ini berlansung pada pada 16/4/2011
jatuh pada sabtu
actually aku pon tak tahu adanya konsert nie
tibe2 je kawan aku alip apai bagitau aku pada hari khamis (14/4/2011) yang aku nak tak pegi konsert gadis semasa

aku nie live2 music aku on je. lagipon leh release tension sebelom start exam (ade ke??)
lagipon ader artis2 hot n meletup 2..mak nak la pegi

so tiket yang dapat ader 4
patutnye cukup je corum tapi last minute azrul x dapat g
diikuti oleh alip apai jugak

n then aku pon mula la bingung sape la lagi orang yang aku nak ajak
as usual my fwen farah on je
so aku ingat boleh la aku, farah n faiz g.
last2 faiz pon cancel..

aku memang xde back-up plan
tapi idea tu datang waktu pagi-pagi sabtu (nyanyi lagu kau ilhamku - manbai)
aku message kawan aku sorang nie
aleh-aleh nani on je (walaupon dier ader paper senin 2, hebat x???)

n malam tue sangat2 la happening!!!

wwooooooooohhhhhhhhoooooooooooo!!!!!
aku n farah bersama mimi (cantik x dier)

nani n mimi from one nation emcee

mari menari

nani, farah n me

as usual la..muka n badan da berpeluh!!

one nation emcee perform

zoom bagi dekat sikit

sory agak kabur coz tengah lompat kot waktu nie

gurls power

geng2 dari gadis semasa n artis2 yang terlibat


yup..noh hujan